JOAS MENGGESA UNTUK PEMBEBASAN SEGERA NGANG BULING DAN MEMASTIKAN KESELAMATAN PENDUDUK PENAN TERJAMIN
Seorang polis telah melepaskan tembakan amaran ke udara apabila beratus-ratus orang yang membantah minta untuk ditahan bersama dengan Ngang Buling, sebagai penunjuk solidariti. Foto dan kapsyen (disunting) dari Sarawak Report.
One policeman shot in the air as hundreds of protestors asked to be arrested in solidarity when Ngang Buling was arrested yesterday. Photo and caption source (edited) dari Sarawak Report.
4 Oktober 2013
Jaringan Orang Asal SeMalaysia ( JOAS ) menggesa untuk melepaskan dengan segera Ngang Buling, seorang Penan dari Murum yang ditahan pada 3 Okt, 2013 pada 10 pagi.
JOAS, yang terdiri daripada 89 ahli organisasi berasaskan komuniti di Malaysia, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan oleh pihak polis yang menangkap dan menembak ke udara untuk menyuraikan Orang Asal yang terdesak untuk mendirikan sekatan demi untuk melindungi tanah, wilayah dan sumber mereka.
Ngang Buling telah ditahan di tapak pembinaan empangan Murum kerana mahu menghentikan penakungan empangan dan telah dibawa ke balai polis Belaga untuk disoal siasat.
Walaupun tidak diletakkan di dalam tahanan, namun beliau terpaksa tinggal di balai polis selama empat hari. Kami juga menyeru agar Sarawak Energy dan kerajaan Sarawak menghentikan penakungan empangan sehingga semua rundingan telah diselesaikan dengan cara yang baik dan semua perjanjian ditunaikan. JOAS mengingatkan tanggungjawap kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat di kawasan itu selamat dan hak asasi manusia mereka dipertahankan.
JOAS juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan dan pihak polis untuk mengawal tindakannya bila berdepan dengan Orang Asal yang terjejas oleh Murum empangan HEP bagi mengelak masalah-masalah lain.
Thomas Jalong
Presiden JOAS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Media Statement
4th October 2013
JOAS CALLS FOR IMMEDIATE RELEASE OF NGANG BULING AND ENSURE SAFETY OF THE PENAN AT MURUM DAM SITE
Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) calls for the immediately release of Ngang Buling, a Penan from the Murum region who was arrested on Oct 3, 2013 at 10 am.
JOAS, with its members comprising of 89 indigenous community-based organisations and indigenous peoples organisations in Malaysia, strongly condemns the police shooting in the air to disperse protesters, and the arrest by the police of, indigenous peoples who are forced to put up blockades to protect their lands, territories and resources.
Ngang Buling was arrested at a blockade at the Murum dam site to stop the impoundment of the dam and was brought to the Belaga police station for questioning. Although not placed in detention, he was told that he had to stay at the police station for four days.
We also call on Sarawak Energy and the Sarawak government to stop impounding the dam until all negotiations have been settled amicably and the agreed settlements have been reached. JOAS reminds the government of its duty to ensure the lives of people in the area are not put into danger and that their human rights are upheld.
Thomas Jalong
JOAS President
Comments
Post a Comment